Isnin, 26 Oktober 2009

Kelebihan Zikir Kepada Allah



Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205


“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14

Petua Penawar Jiwa


Nabi s.a.w. besabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang apabila dia berada di hamparan tidurnya beristighfar sebanyak tiga kali, dia
memohon ampun kepada Allah, Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya."
(hadis riwayat Ibn 'Asakir)

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam. apabila nabi datang, Baginda bertanya kepada saya, "Wahai sahabatku Abu Hurairah mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?" Aku menjawab, "Apakah dia ya Rasulullah?"


Jawab Baginda, "subhanallah alhamdulillah walailahaillallah allahuakbar"

adalah lebih baik lagi daripada tanaman ini. Apabila kamu berzikir kepada Allah s.w.t., setiap zikir yang kamu ucapkan Dia akan menanamkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.


Diharap titipan ini dapat dijadikan pegangan kepada kita semua..sama-samalah kita jadikan zikir sebagai suatu amalan. Jika kita boleh mencari masa untuk makan dan berhibur, apa salahnya andai kita luangkan sedikit masa untuk mengingatiNYA dengan berzikir. Sebelum tidur, pupuklah hati kita agar memaafkan apa yang silap dan memohon maaf andai berbuat kesilapan. Kita imbas kembali perkara2 yang kita telah kita lakukan pada hari ini. Kita harus sentiasa bermuhasabah agar kita tidak terus leka dengan keduniaan..

Kemanakah hendak pergi....


Ke manakah halatuju anda sebenarnya?
Jahiliyah atau Islam?
Semuanya terletak pada diri anda sendiri..
Tepuk dada tanyalah iman.

Jika Islam pilihan anda..masuklah secara keseluruhannya..
Amalkan ajaran Islam secara keseluruhannya.

"Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dgn mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang terang dan nyata". (2:208)

Adakah kita telah mengamalkan segala ajaran Islam?Bagaimanakah untuk menjadi seorang muslim yang sejati?sesungguhnya, jika kita menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kita..Mungkin bagi sesetengah orang fikir bahawa mereka tiada masa untuk mencari pengisian untuk diri sendiri kerana sibuk mencari kesenangan hidup. Namun, adakah kesenangan hidup hanya semata-mata dengan wang ringgit?Bagaimana dengan rohani kita? Sanggupkah kita biarkan hati kita kosong dan dahaga dengan ilmu agama? Sedangkan perut yang kosong boleh kita isi, kenapa tidak hati? Semuanya terletak pada diri kita sendiri..

Penutup
Cubalah sahabat-sahabat luangkan sedikit waktu untuk menambah bekalan dalam diri agar dapat menjadi generasi Islam yang utuh dan kuat. Sama-samalah kita berjuang untuk Islam. renungan ini bukan sahaja sebagai ingatan untuk sahabat tapi untuk diriku ini sendiri agar tidak leka.

Lari tetap lari


Buat Anak-anakku,
Jalan ini masih jauh, sememangnya lurus tapi membukit, ditepinya jurang,



Anak-anakku,
Alam ini sedang merintih, sakit menanggung akibat kami yang terlupa, lupa tentang suara pepohon, lupa kelembutan embun, maka maafkan kami, dan kini biar kami tebus kembali dengan perjuangan ini, memperjuangkan pendidikanmu, agar kau tak ulangi kesilapan kami, takkan sama sekali.



Anak-anakku,
Atur langkahmu lebih hati-hati, cermatkan dengan cinta Illahi, biarkan yang lain bertelagah, ianya akan jadi buku sejarah, biarkan yang lain menyampah, ianya sekadar penambah perencah. (noktah)

Kukejar dimanakah kau hendak lari


Hidup ini bukan seperti video game, x-box atau seangkatan dengannya. Reality kadang kala perlukan pengorbanan yang teramat besar. Andai kata silap langkah tiada butang ‘pause’ dan tak mungkin untuk dimulakan semula, maka bagi aku kena kurangkan ujikaji terhadap kehidupan ini. Sejauh mana pun kebijaksanaan kita alam ini sukar untuk difahami, terkadang kita rasa sudah dekat denganNya, namun siapa yang lebih tahu?

Sesuatu yang amat bermakna buat aku sekarang ini kerana aku semakin mengerti tentang kehidupan, reality kehidupan, maka aku proklamasikan TIADA LAGI UJIKAJI KEHIDUPAN, wah hahahahah haha aha…..

Apa yang menyedarkan aku ialah sampai bila dan berapa lama lagi mampu aku bernyawa. Bukannya sebelum ini tak perasan tapi mungkin tiada kesedaran. Dalam usaha untuk menzahirkan Ad-deen Allah agar nyaman dan aman alam ini maka banyak perkara perlu dilakukan, maka lagi perlu kemahiran dan skill yang tinggi, maka lagi perlukan masa yang panjang. Maka lagi dan lagi disiplin diri serta motivasi yang terus cenderung ke arah memperkayakan diri dengan segala sumber yang mampu dicekup dalam apa sahaja ruang lingkup dan kategori perlu dilakukan, hahah hah ahaha.

Adz Dzaariyaat : 56
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Persepsi ibadah perlu ditambah nilai, ibadah bukan setakat mengerjakan rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji tapi setiap saat perlu dijadikan ibadah.

Kerusi dicipta untuk kita duduk, maka fungsinya adalah untuk dilabuhkan punggungku diatasnya, maka agak tidak masuk akal dan kelakar andai kerusi dijadikan penghalau lalat. Apa yang aku cuba sampaikan dalam keadaan merepek ini adalah, setiap sesuatu ada fungsinya termasuk manusia yang diciptakan semata-mata untuk ibadah.

Maka hendaknya sekalian manusia yang digelar manusia mampu, layak dan cukup rasa untuk ibadah. Alasan mahupun surat menyurat tidak dilayan. Itulah fitrah semulajadi manusia, iaitu tunduk taat pada Sang Pencipta. Memahami setiap saat adalah ibadah membuatkan kita sentiasa ingat pada Tuhan, mengingati perintahnya, bukan satu atau dua atau lapan belas tetapi semua perintah Allah. Semuanya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah, bukan setakat berjanggut untuk malaikat bergayut-gayut akan tetapi ikut bagaimana Rasul menzahirkan sistem Allah( ceh silap cakap lagi, wah hahahah hahah).

Sekian.

Perjalanan Sang Amatur



Saat-saat getir yang sedang aku lalui sekarang, menyesakkan nafas aku, bukan sebab lemas dalam kolam ikan atau tercekik aiskrim Mc’ D, tapi usaha untuk menyatukan manusia bukan mudah. Aku kira jika ditata seperti yang telah ditetapkan akan menghasilkan sesuatu, namun jangkaanku mula meleset. Ramai yang ke parit.





Putus harapan? Tidak. Cuma sekadar mengira-ngira dosa yang mana lagi yang masih tidak aku tinggalkan. Akhlak bagaimana lagi perlu dipamerkan. Bila difikir-fikirkan, memang banyak lagi yang perlu diperbaiki, harg harg harg, kantoi betullah aku nie……





Maka aku simpulkan, memang benar apa yang dikatakan bahwa kemenangan bukan satu titik akhir tapi kemenangan merupakan sebuah perjalanan, tidak akan ada yang sempurna melainkan Allah. Maka perjuangan juga ada cacat celanya namun bagi memastikan berada dalam zon kemenangan sesuatu perlu dilakukan. Pasti dan memastikan, sentiasa berada dalam sunnah rasul. Jika dalam perang, maka kita rencanakan soal peperangan mengikut Rasulullah, andai dalam perdamaian maka kita usahakan toleransi mengikut langkah Rasulullah.





Terkadang aku terfikir. Apa rasanya hidup seperti mereka? Pagi kerja pukul lapan, rehat bersama ‘kit kat’ pukul satu, balik ke rumah pukul lima. Menghadap anak bini bagi yang dah kawin bagi yang bujang menghadap muka sendiri, ho ho hoho hooho……. BOSAN! Maka kita perlu bersyukur kerna kurniaan Allah yang amat bermakna masih dalam dakapan kita. Sahabat-sahabatku, bantulah aku dengan membantu dirimu(kalo nak belanje aku boleh gak, hah haha aha ha). Sama-sama kita tingkatkan keupayaan diri, saling lengkap-melengkapi. Mardhotillah. ;p



Ibrahim:52.
(Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.



BEZA BUKAN SAMA, SAMA CUMA BERBEZA



semalam dan hari ini kau masih sama,
meratapi kekurangan sendiri,
kerana itu aku mengira lebih bagus laksanakan dari berbicara,
bisu bukan beerti bisul,


bertahun kami berjalan, berbuih didoa agar kami tempang,
tetap kami berjalan, malah kini semakin berani berlari,
ah! jatuh bangun perkara biasa, luka boleh diubati, lambat laun sembuh sendiri,
tapi doa itu barangkali makin sepi, sudah tiada modal dalam mengeluh lagi,
mengulangi perkara yang sama, makin bosan tanpa fakta,
takut-takut jadi dusta, atau dalam hatinya sudah ditumbuhi kusta,
nanah derhaka pada yang Maha Esa,
atau baginya yang Esa itu tiada? atau yang Maha Esa bagi mereka dan aku berbeza?
bagi aku yang Maha Esa paling berkuasa, dan aku hidup kerana Dia,


kemenangan bukan satu titik akhir sayangku,
kemenangan sebuah perjalanan,
andai lingkup dunia ini, tetap ia perjalanan,
tanyakan sendiri pada dirimu,
apa hasil yang kau mahu?
lakumu kau tanggung sendiri,
kalau menang yang kau impikan maka usahakan,
bukan sekadar bersandar kemalasan,





Al-kitab didepanmu sahabatku,
tiada alasan untuk kau duduk diam membisu,
jika perjuangan ini kau kata kesilapan,
maka betulkan, tapi bukan alasan untuk kau kembali ummi,
jangan asyik meratapi, usia aku dan kau makin dimamah hari,
aku melihat hati-hati yang rijal, maka yang kami seru hanya keikhlasan,
apa belum cukup lagi kata Tuhan, yang mencari keredhaan pasti ditunjukkan jalan?,


bukan mereka yang tentukan mana kita dihumbankan,
syurga atau neraka, bukan kita yang empunya pilihan,
buat kerana Allah bukan kerna diperintah Tuhan,